Sunday, June 20, 2010

SeSuAtU YaNg TidAk Di SaNgkA


Sudah berkurun lamanya feel untuk menulis ini tiada..tarikh terakhir menulis sesuatu di sini juga telah terlupakan..boleh disemak semula tetapi tindakan itu juga amat tidak terdaya untuk dilakukan..nampaknya sifat malas yang sudah lama berkecimpung di dalam diriku semakin membesar dan menular seumpama virus yang amat berbisa...

bukan bertujuan untuk berbincang berkaitan sifat malas yang dimiliki setiap insan..cuma ingin berkongsi mengenai situasi atau keadaan yang datang secara tiba-tiba..tanpa dipinta atau diduga..tiada siapa pon yang mengharapkan sesuatu yang tidak baik atau kegagalan datang dalam hidupnya..namun tanpa kegagalan mungkin kita tidak menghargai sebuah kejayaan..tanpa kegagalan kita tidak akan memahami perasaan insan lain yang gembira amat dengan kejayaannya yang sekecil cuma..tanpa kegagalan juga kita tidak akan mengenal erti usaha...

bagaimanakah kita seharusnya berdepan dengan kegagalan??? bagi aku..gagal dalam perkara yang orang lain tak gagal..amat mengecewakan diriku..membuatkan aku amat longlai dan hampir menjatuhkan butir-butir mutiara yang amat aku sayangi..namun bila difikir semula..bukan aku sorang je yang gagal..waima ramai lagi yang gagal..tapi orang yang aku rapat tak gagal apa yang aku gagal..orang yang aku tak rapat gagal apa yang aku gagal..malu sungguh nak cakap apa yang aku gagal tu...tapi dengan satu gambar mesti ramai yang boleh agak..tapi aku bangkit semula dengan azam tak mahu gagal..dengan semangat baru untuk membuktikan..besar bukan sebarang besar..aku gagal bukan kerana aku besar..huhuh

sekian sudah..bicara tentang gagal

No comments:

Post a Comment