Thursday, January 21, 2010

Hensem Menawan


"Hensem Menawan" adakah ini istilah???.sering ku dengar istilah ini setiap ari isnin dan hari selasa di dalam kelas...
diucapkan oleh seorang yang amat berpengaruh di dalam kelas...masing2 mempunyai anggapan sendiri dan mimik muka yang dipamerkan juga berlainan...adakah suka atau tidak terpulang pada individu...tapi pertama kali mendengarnya dan punca ianya diucapkan amat menggelikan hati... sehingga aku terpesona dan terpinga2 seketika...hahah


tiada lagi yang perlu diucapkan..hanya aku dan individu terlibat yang memahaminya..tidak boleh mendedahkan identiti...dikhuatiri akan gagal subjek ini

Saturday, January 16, 2010

hari kesayuan

bila kita bersedih pasti akan ade sesuatu yang dapat membuat kita gembira semula...kesayuan atau kesedihan tidak akan selamanya bertakhta di hati jika kita tahu cara menghiburkan hati kita..seperti kata-kata yang sering kita dengar..ikut kata hati mati (betul ke nie???pelik je)...hari kesayuan datang kembali menghampiriku tatkala aku memikirkan kebahagian ini mngkin lebih lama... namun setiap yang berlaku ada hikmahnya..mana mungkin kita mengetahuinya kerana kita tidak mengharapkannya ia berlaku..namun segala sesuatu yang berlaku tidak mungkin tidak mempunyai makna tersirat disebaliknya..

namun aku tidak mampu untuk terus berada dalam kesayuan..kerana aku bukanlah manusia yang ingin membiarkan semua makhluk disekelilingku tertanya-tanya akan kesedihan ku...lalu kita makan nasi lemak kukus berlaukkan paru dan sambal ikan bilis petai...perghh enaknye....seperti mana nasi itu ku gigit-gigit dan ku telan seperti itulah kesayuan ku berlalu bersama nasi lemak itu dan akan dikeluarkan entah bila masanya...lalu ianya akan lenyap ditelan oleh air2 plush yag berombak-ombak...ketika itulah kesayuan itu lenyap dan terus menghilang tanpa kembali padaku...

Sunday, January 3, 2010

NOBUTA WO PRODUCE

Nobuta wo produce mungkin bermakna nobuta yang dihasilkan..kemungkinannya la...heheh...pelakonnya yamapi yang membawa watak amat berbeza..menjengkelkan..very annoying....tapi tetap ensem..waaaa....


apa yang menariknya cerita mengenai dua orang pelajar lelaki yang mengubah personaliti dan penampilan sesorang pelajar perempuan yang baru berpindah..perempuan tu selalu kena buli dengan amat teruknya..tak sangka pelajar jepun membuli amat ganas..perempuan lak tu...selalu dibayanganku orang jepun ni lemah lembut dan yang sewaktu dengannya...dont judge a book by it cover..kan3..terjalinla persahabatan antara 3 orang ini yang mempunyai latar belakang dan perangai yang berbeza...



banyak pengajaran dan kata2 semangat yang kita boleh adaptasikan dalam kehidupan kita..salah satunya..." jangan takut untuk mengubah diri walaupun perubahan itu tidak bermakna atau memberi banyak kesan kepada orang lain"..kadangkala dalam hidup kalau terlalu memikirkan apa yang orang lain kata umpama kita menjadi hamba mereka...tapi kalau tak dengar cakap orang lain takkan nak dengar kate beruk pulak kan..faham-faham sendirilah..kita manusia dikurniakan akal fikiran ...kan3


p/s: semangat kembali untuk buat kerja audit..huuu

Friday, January 1, 2010

KEHIDUPANKU

Bila bermulanya tahun baru..semua mesti kena baru ke???...pakwe baru..baju baru...kasut baru..selipar baru...jikalau hidupku begitu...ptptn yang aku dapat takkn cukup untuk menampung kehidupanku...tapi pakwe takde la kaitan ngan ptptn..ke ade sebnarnye???hahahha..sukar diungkapkan...im single (perlu ke)..tak campur masalah-masalah tu..ahahha

bila kita ada pakwe tapi seumpama dapat adik lelaki perlu ke pakwe itu???ha...nehi2..mujse dosthi karoge (tak berkaitan)....teringat satu lagu yang nama kumpulannya kertas..kekasih yang tak dianggap sebagai kekasih.. liriknye menusuk kalbu bagi yang memahami..dan inilah realiti