Thursday, August 4, 2011

diari lame.....

OMG.....kemas segala barang yang patut...maklum le bulan puase..tk pyh pikir sarapn..mkn tengah hari..minum petng..(nmpk sngt aku ni aysik mkn..aigoo2)..jadi aku pon kems barng2..segla buku2 dri sek menengah, sekolah rendah,..pilih2 untuk dibakar n disedekahkan (tambah amal)..ehhe

OMG bermula...terjumpa satu buku hijau yang sngt wangi..siap glitter2 lgi....diari lame rupenye...yng paling OMG sekali ade gmbr someone dlm tu yng dulu aku dh lipat2 letk dlm dompet..giler jiwang mase sekolah dulu..umur yang tk patut nk jiwang...skang dh boleh jiwang..tak pulak aku menjiwangkn diri..betul lah bak kate mak aku.."apa yang dilarang tu lah yng paling ko suka buat"..ish2...

berbalik kepada gambar..giler lain muka dia skang ngan dalm gmbr tu...nsib baik aku boleh cam..kalo tk mesti aku dh bakor..hahaha..tapi nk smpn skang pon tkde sebb..jadi bakor ajelah...nntilah2 bakor..ahhaha...aku ngan dia still kawna...lebih rapat dri dulu kot..skang bleh ckp main hentam2..tkde cover2 dh...almaklum le..kawan...ehehe...

bile bce balik ape yng ditulis dlm tu..kelakar nye..ntah pape aku tulis..lawak ah..tk tersmpai dek akalku skang ni..ahahha..patut aku mrh anak2 murid bercinta..geli tau tak..laki tu bukn bleh cri mkn sndiri pon....aku menulis dri pengalamn..jdi silelah dengr ckp cikgu anda!!!!...

Tuesday, July 5, 2011

my prob

dah lame tak tulis blog...dan sesuatu yang membuatkn aku ingin menulis hari ini...kerana aku dah tkde orng yang bleh aku luahkan...dulu i have my roomate..my classmate to tell everything..now is not means they are gone..but they are far...and not suitable to tell all that thing...i have a problem..not very big but enough to make me feel uneasy..sometimes i thought maybe he is the one for me..but sometimes i i think his not...but i cant fall in love again with other guy like i did with him...kadang2 aku rasa mcm he not love me..but just nak jadi mcm lelaki yng brumur 23 yng ade awek...dia penah kate pelik kalo lelaki umur 23 tk ade awek..i dnt know what thats mean..bnyk kali bincng pasl kawen..tpi betul ke aku nak kawen ngan dia??betul ke dia nak kawen ngan aku???kadng2 dia lupe aku..bukn nak suruh ingt 24 jam...bile msg pon dia mcm tk lyn..kalo aku msg of course la..kot2 lusa baru nak jwb..so what thats mean??? tapi bila jumpe..he is totally different... perhubungan jarak jauh yang sbelum ni aku alami tak berjaya..mungkin jugak dengn yang ini...but when i think about he is not mr right guy..im very sad...i know i love him...but i am really bored with this relationship...i know..we must terima pasangan kita seadanya..maybe dia terima aku seadanya tapi aku tak..aku phm kerja dia..tpi tak tau kenapa aku ada perasaan cm ni...mula2 kami kawan..lagilah hambar..tapi its look ok bile aku jauh..tpi only for a few monts..but here..its happen again..so...its not easy to break a realtionship..so we just wait whats gonna happen tomorrow...("/)

Wednesday, June 23, 2010

SeSuAtU YaNg TidAk Di SaNgkA 2





semua orang boleh berbicara mengenai kegagalan..tapi siapakah yang lebih memahami erti kegagalan??..hanya aku sendiri iaitu orang yang mengalaminya dan orang yang pernah mengalaminya..aku tahu dan aku pasti apabila kegagalan itu menjadi sesuatu kejayaan iaitu bertukar kepada kejayaan akhirnya..kegembiraan yang tidak dapat diungkapkan pasti akan muncul..tapi aku tidak kuat untuk menerima kegagalan ini berterusan..lemah sungguh aku..kegagalan yang kecil tak tertanggung..belum lagi dugaan besar yang bakal menimpa



aku tau...adalah tidak bijak menangisi sesuatu yang terjadi..tetapi aku juga akan kesal dan marah sekiranya aku tidak dapat meluahkan..lalu butir2 mutiara yang berharga juga jatuh dengan laju dan banyaknya..aku menangisi kegagalan dan menangisi kesalahan sendiri yang aku lakukan..mungkin akan ada yang mengatakan aku poyo..bersedih hanya kerana itu..tetapi itulah perkara yang aku ingin sangat2..risau memikirkannya sehingga terbawa-bawa di dalam tidur..tapi mungkin rezeki dan tuah tidak menyebelahi aku kali ini..mungkin juga Tuhan menguji aku yang sering lupa kepadanya supaya aku ingat aku wujud kerana Dia menciptakan aku seunik-uniknya dan memberikan aku nyawa..aku wajib ingat dan berserah kepada dia..ya...semua nya salah aku...kegagalan ini berpunca dari aku...tpi aku tidak mahu gagal lagi..berikan aku petunjuk dan kekuatan untuk mencuba kerana aku hampir lemah dan terfikir untuk tidak mencuba lagi..huuh..sampai bilakah kegagalan ini akan menghantui aku?

Sunday, June 20, 2010

SeSuAtU YaNg TidAk Di SaNgkA


Sudah berkurun lamanya feel untuk menulis ini tiada..tarikh terakhir menulis sesuatu di sini juga telah terlupakan..boleh disemak semula tetapi tindakan itu juga amat tidak terdaya untuk dilakukan..nampaknya sifat malas yang sudah lama berkecimpung di dalam diriku semakin membesar dan menular seumpama virus yang amat berbisa...

bukan bertujuan untuk berbincang berkaitan sifat malas yang dimiliki setiap insan..cuma ingin berkongsi mengenai situasi atau keadaan yang datang secara tiba-tiba..tanpa dipinta atau diduga..tiada siapa pon yang mengharapkan sesuatu yang tidak baik atau kegagalan datang dalam hidupnya..namun tanpa kegagalan mungkin kita tidak menghargai sebuah kejayaan..tanpa kegagalan kita tidak akan memahami perasaan insan lain yang gembira amat dengan kejayaannya yang sekecil cuma..tanpa kegagalan juga kita tidak akan mengenal erti usaha...

bagaimanakah kita seharusnya berdepan dengan kegagalan??? bagi aku..gagal dalam perkara yang orang lain tak gagal..amat mengecewakan diriku..membuatkan aku amat longlai dan hampir menjatuhkan butir-butir mutiara yang amat aku sayangi..namun bila difikir semula..bukan aku sorang je yang gagal..waima ramai lagi yang gagal..tapi orang yang aku rapat tak gagal apa yang aku gagal..orang yang aku tak rapat gagal apa yang aku gagal..malu sungguh nak cakap apa yang aku gagal tu...tapi dengan satu gambar mesti ramai yang boleh agak..tapi aku bangkit semula dengan azam tak mahu gagal..dengan semangat baru untuk membuktikan..besar bukan sebarang besar..aku gagal bukan kerana aku besar..huhuh

sekian sudah..bicara tentang gagal

Sunday, February 28, 2010

Bia Sunyi

betapa sakit dan pilunya hati tatkala terfikir kembali ianya semua adakah berpunca dari aku..saat kali pertama menyerahkan hati kepada insan yang dianggap tercipta untukku..namun sebenarnya takdir yang ditetapkan adalah berbeza...Tuhan menguji hambanya supaya jangan lupa apabila diberi kemanisan hidup...saat itu semua terjadi..ianya mmberi kesan yang amat mendalam walau sepertinya aku tidak mnjadi diriku lagi...mengapa agaknya kejadian hmpir 3 tahun itu sukar untuk dilupakan..walau masng2 dalam realitinya tidak lagi berkaitan..telah menjalani kehidupan masing2 yang amat berbeza mahupun dari segi status...

walaupun hakikat itu telah diterima..telah kembali dan merasai kehidupan yang lebih manis..walau sesekali terlupe daratan..namun kembali disedarkan dalam tempoh yang singkat..betapa Tuhan amat menyayangi diriku..selalu menjauhkan aku dari dosa dan insan yang tidak berguna...namun tatkala sunyi menerpa ianya kembali berlegar dalam ingtan..sesungguhnya aku mengakui ianya ujian berat dan mempunyai hikmah yang paling bermakna..adakah aku akan sabar atau sebaliknya dalam menjalani kehidupan yang bakal datang lebih mencabar..

kelak menyesal nanti tak berkesudahan..apa gunanya kesalan hanya menekan jiwa..jangn difikir derita akan berpanjangan..kelak akan membawa putus asa pada Tuhan..ingtlah biasanya kabus tak berpanjangan..setelah kabus berlalu..pasti cerah kembali..ujian adalah terbias dari Allah..apakah kita akan sabar atau sebaliknya..kesenangan yang datang selepas kesusahan semuanya adalah nikmat dri Tuhan. Gunakan kesempatan untuk kebaikan..sebelum segalanya terlepas dri gengaman

Wednesday, February 24, 2010

wahai si pink ku

Tatkala ini apabila memikirkan si pink ku..aku akan teringat bagaimana sikapku terhdapnya..ketika ianya disisi sering kali kuabaikan...setiap pagi sering ku jumpainya di bawah katil..benarlah seperti yang selalu didengari...ketika didepan mata..tidak dihargai..apabila sudah tiada mula mencari2..huhuuh..katakan..katakan wahai pink ku bahawa kau pergi hanya sementara..sekadar menguji keikhlasan dan kasih sayang ku padamu...kembalilah wahai pink ku sekiranya kau mendengar kata2ku...kembalilah sihat seperti sedia kala...tidak kah kau ingt saat2 manis tika bersama...kembalilah...tidak pernah aku membencimu walau sikapku padamu begitu...namun jauh disudut hatiku..kaulah yang satu..tiada hijau, kuning atau segala warna yang dpat menggantikamu..percayalah wahai pink ku..aku tidak akan menipumu...

waawawawawwawawawawwa




pujaan hatiku

Tuesday, February 2, 2010

Wahai Kawanku

apabila terasa ingin menulis sesuatu, ingin berkongsi sesuatu yang membolehkan aku merasa kelegaan seperti hari2 biasa.... adakah aku bertindak mementingkn diri sendiri???apabila kita tersalah menilai seseorang yang sebenarnya tidak pernah melakukan seperti apa yang kita fikirkan..maafkanlah dia...tiada manusia yang sempurna yang pernah kuketemu..walaupun kurasa dia hampir sempurna....pasti ada kekhilafan di mana-mana...maafkan aku kawan kerana tidak pernah bersangka baik terhadapmu...


ke sungai samak mencari ketenangan

apabila suatu ketika kita boleh bergelak ketawa, tidor sebantal, bergurau senda..namun kini kita umpama terpisah..seperti dunia terbahagi dunia..dunia ku yang tiada dirimu dan duniamu yang tidak memperlihatkan kewujudanku..namun adakah kita bahagia dengan situasi itu???kita masing-masing tidak pernah untuk melupakn atau memaafkan...masih hidup dalam kenangan silam yang tidak seberapa mengakibatkan jurang antara kita makin besar..namun kini aku semakin menyedari..alangkah bodohnya sikap seperti itu...maafkan ku kawan..aku akan terus menjadi kawanmu seperti mana dulu....