Wednesday, June 23, 2010

SeSuAtU YaNg TidAk Di SaNgkA 2





semua orang boleh berbicara mengenai kegagalan..tapi siapakah yang lebih memahami erti kegagalan??..hanya aku sendiri iaitu orang yang mengalaminya dan orang yang pernah mengalaminya..aku tahu dan aku pasti apabila kegagalan itu menjadi sesuatu kejayaan iaitu bertukar kepada kejayaan akhirnya..kegembiraan yang tidak dapat diungkapkan pasti akan muncul..tapi aku tidak kuat untuk menerima kegagalan ini berterusan..lemah sungguh aku..kegagalan yang kecil tak tertanggung..belum lagi dugaan besar yang bakal menimpa



aku tau...adalah tidak bijak menangisi sesuatu yang terjadi..tetapi aku juga akan kesal dan marah sekiranya aku tidak dapat meluahkan..lalu butir2 mutiara yang berharga juga jatuh dengan laju dan banyaknya..aku menangisi kegagalan dan menangisi kesalahan sendiri yang aku lakukan..mungkin akan ada yang mengatakan aku poyo..bersedih hanya kerana itu..tetapi itulah perkara yang aku ingin sangat2..risau memikirkannya sehingga terbawa-bawa di dalam tidur..tapi mungkin rezeki dan tuah tidak menyebelahi aku kali ini..mungkin juga Tuhan menguji aku yang sering lupa kepadanya supaya aku ingat aku wujud kerana Dia menciptakan aku seunik-uniknya dan memberikan aku nyawa..aku wajib ingat dan berserah kepada dia..ya...semua nya salah aku...kegagalan ini berpunca dari aku...tpi aku tidak mahu gagal lagi..berikan aku petunjuk dan kekuatan untuk mencuba kerana aku hampir lemah dan terfikir untuk tidak mencuba lagi..huuh..sampai bilakah kegagalan ini akan menghantui aku?