Wednesday, November 18, 2009

Something Wrong



Bosan bukanlah suatu perkataan yang sinonim dengan diriku (wawawwa)..selalunya mesti ada je aktiviti yang terlintas di kepala untuk memenuhi masa terluang (kalo tak terluang pun ade jugak aktiviti)...but today is a boring day..i got a feeling(lagu black eyes peas)..sekali lagi aku keluar dari topic(huhuhu)...buat pertama kalinya aku merasakan hidup di kolej ini tidak bermakna tanpa perkara yang sering manghantuiku itu(asingment)...but dnt wory...bulan Disember nanti jumpa lagi(naik sem baru)...

terlanjur menyentuh topik itu, teringat pulak masa sem 1...sampai tak nak dah duduk UPSI ni sebab bnyak sngat asingment ditambah gaduh n bermacam-macam lagi..bila dah besar ni (tak ngaku tua) baru rasa semua benda-benda tu kelakar...yang teman bergaduh tu pun sebenarnya ada masalah dan ketensionan yang tersendiri...tapi kami semua cikgu kan...tak simpan dalam hati..malah rindu lak yang rasa...she is a very good friend but not a really good leader..but she just fine...bila dia jauh baru kita tahu nilainya dia disisi kita..manusia...bak kata Dr Mahathir...
.Melayu Mudah Lupa

penantian itu suatu penyiksaan..itulah apa yang aku rasakan skang..menanti ketibaan waktu 11 atau 12 malam untuk driver ku menjemputku dan menghantar pulang ke kg(driver tak rasmi:nurul huda)...tapi berkat kesabaran dan keutuhan jiwaku aku akan menempuhinya(ayat bosan).

bila bosan selera makan tiada..bila selera makan tiada tak makanla..itu bukan diriku yang sebenar...aku selalu berangan hidup dikelilingi makanan...aku suka tengok cerite berkaitan makanan..semuanya makanan..kalaulah hidupku di kelilingi makanan akulah orang yang paling bahagia..tapi bila takda selera makan...apakah akan jadi pada diriku..why??? idnt want this happen to me...aku amat sayang pada lemak-lemakku..

p/s: kita makan untuk beribadat...untuk mendapat kekuatan dan tenaga melakukan ibadat..sebab tu berhenti makan sebelum kenyang..banyak makan boleh buat hati benak


Monday, November 16, 2009

aktiviti sempena tamatnya exam





seperti semester-semester lepas juga, aktiviti menyambut tamatnya exam ialah ke kfc...oleh kerana wujudnya pizza hut di sebelah kfc, insan sorang ni nak makan pizza tapi yang bertiga lagi nak makan kfc...selepas bergaduh dan bertengkar jalan penyelesaian ditemui...maka ternampaklah anda pizza di dalam kfc..nasib baik lah insan ini memiliki kebijaksanaan berfikir dan menyembunyikan pizza di dalam begnya..(pizza dan kfc TM bergaduh)..ish2 jiran-jiran pun nak gaduh...punca masih dalam siasatan..tak tercapai dek akal kami..


jadi aktiviti malam ini pula ialah mencari char kuew tiaw....bayar sendiri-sendiri...tiap-tiap sem aktiviti makanlah sebnarnya menjadi aktiviti utama..macam selama exam tu tak menatap makanan (heheheh)..tapi seronok sebenarnya ada kawan-kawan yang otak lain-lain dan kepala masing-masing ni(kalo kate otak sama kang ada yang loyar buruk lak).. tak semua nya sepakat tapi dalam hal-hal tertentu boleh bekerjasama...

bukan antara kami langsung tak pernah bergaduh..pernah sangat..siap teroyak-teroyak (nangis) lagi ...tapi yang berdua lagi akan cari penyelesaian dan nak redakan pergaduhan tu...mempunyai kawan yang amat memahami ni amat perlu dalam kehidupan..tidak perlu asyik bersama, berkepit dan sebagainya namun jarang jumpa tu la yang wat ukhwah tetap berkekalan (macam duduk jauh je...sorang roomate, sorang duduk bahtera, sorang lagi duduk Kolej. jiran je sebenarnya)..jarang jumpe sebab major je sama..minor separate (hahah)

itulah kehidupan bersahabat..ada manis dan ada duka..kalau tak merasa semua tu, tiadalah kemanisan dalam kehidupan..biar tak dikenali ramai asalkan ada sahabat untuk menemani perjalanan hidup amat penting

p/s: sayangilah sahabat dan keluarga anda selagi mereka masih menatap dunia, sebelum terdiam tidak dapat berbicara, sebelom pergi meninggalkan kita..doakan kebahagian dan keselamatan mereka walau di mana berada




Suatu Kisah



bagaimana harus ku mulakan...

Walaupun tak dapat jawab exam tadi dengan tepat, betul dan cepat namun kepuasan masih terasa kerana tak tidur semalaman (konon bace buku..ehem)..apa nak dikatakan lgi..padan la muka...

tapi alkisah yang ingin diceritakan ialah mengenai kuali.....mengapa kuali????kerana kuali lah..teringat teka teki sepah di era tadi....buah ape yang ade bapak???? tak sempat dengar jawapan kerana mandi n tetido..nak tau jawapan sila layari www.era.fm....tapi ape kaitan lak ngan kuali???pening dah kepale rasenya..

sebelum melanjutkan perjalanan kembali Tanjong Malim pada ahad bersamaan 15hb nov...singgah sebentar di rumah opah untuk menikmati mee hoon free...agak2 rupe lebih kurang la ngan mee hoon di atas...

seorang insan yang ku panggil dude telah mengeluarkan ayat istimewa yang masih berbekas di hati...contohnya...nama insan tersebut kononnya Milah la...sesudah selesai santap Milah berkata kepada ibu saudaranya...nak basuh pinggan ke...ibu saudaranya menjawab tak pe la nanti basah lak baju kan..lalu eda (owh dengan sengaja tertaip nama sebenar) menjawab betul ni???tak ungkit di akhirat erk...lalu si nurul huda berkata pula ape la kamu nie eda...

zahra yang mempunyai hati nurani yang tulus lagi murni kesian kepada ibu saudaranya berkata..apa ni dude tak baik, ni basuh kuali sekali...lalu dude dengan tidak kepuasan hati menjawab sapa yang makan dalam kuali tadi dia la yang basuh...apa yang menajdi tanda tannya adakah adegan makan dalam kuali itu berlaku???amat lah tidak senonoh insan itu...tidak perlu dinyatakan siapa takut mendatangkan aib..tapi adakah dia keturunanku???(ayat eda nazri)...

owh tidak saggup ku ungkaikan di sini...kesimpulannya pinggan dan kuali tetap tidak dibasuh..yang bertanggungjawab terus buat tidak mengerti...jangan tiru perbuatan di atas (intonasi tegas)..perkataan tu la yang bergiang masa nak jawab exam tadi..masalahnya ayat tu tak bleh ditulis kerana tidak berkaitan..oleh kerana keinginan yang menebal nak jugak tulis ayat tu...ayat tersebut telah ditukar kepada= listening is a mind activities that we can learn but not a heritage that left by our parents...(kadang-kadang bila terdesak otak berfungsi dengan amat ligat)

setelah selesai santap..nurul huda menunjukkan gambar yang diletakkan di dalam dompetnya..sekali lagi dude mengeluarkan ayat yang diciplak dari insan sekampung...letak gambr dalam dompet pastu duduk kena kat bontot (kalo tersalah ayat mohon maaf.maklumla name pon ciplak) ape motifnya ayat itu???seyakinnya aku berkata gambr yang diletak oleh teman sekampung itu bukan gambr seperti yang ditunjuk oleh nurul huda, mungkin pet kesyngnnya atau pokok2 di kampung...hingga sekrang masih tidak dapat diungkapkan..nk jugak letak ayat ni dalam esei tapi tidak tau ayat alternatife..so KIV dulu untuk next sem...

kesimpulan dari kisah-kisah di atas ialah..kenapa kita tak basuh kuali dan pinggan.. yang kedua ialah kenapa ciplak ayat rakan sekampung???mungkin kerana kekurangan idea atau telah membuat kesilapan kepada rakan tersebut..oleh itu mohon maaf dengan segera...
tapi main point dia nape ade follower rakan sekampung memerangkap kawan dude...why?????

p/s...hope makan makaroni free next time...
permintaan nurul huda mencatatkan namanya di sini
sebelum aida nazri tulis bukan2 tetntng diriku..nukilan ini khas buatmu