Monday, November 16, 2009

aktiviti sempena tamatnya exam





seperti semester-semester lepas juga, aktiviti menyambut tamatnya exam ialah ke kfc...oleh kerana wujudnya pizza hut di sebelah kfc, insan sorang ni nak makan pizza tapi yang bertiga lagi nak makan kfc...selepas bergaduh dan bertengkar jalan penyelesaian ditemui...maka ternampaklah anda pizza di dalam kfc..nasib baik lah insan ini memiliki kebijaksanaan berfikir dan menyembunyikan pizza di dalam begnya..(pizza dan kfc TM bergaduh)..ish2 jiran-jiran pun nak gaduh...punca masih dalam siasatan..tak tercapai dek akal kami..


jadi aktiviti malam ini pula ialah mencari char kuew tiaw....bayar sendiri-sendiri...tiap-tiap sem aktiviti makanlah sebnarnya menjadi aktiviti utama..macam selama exam tu tak menatap makanan (heheheh)..tapi seronok sebenarnya ada kawan-kawan yang otak lain-lain dan kepala masing-masing ni(kalo kate otak sama kang ada yang loyar buruk lak).. tak semua nya sepakat tapi dalam hal-hal tertentu boleh bekerjasama...

bukan antara kami langsung tak pernah bergaduh..pernah sangat..siap teroyak-teroyak (nangis) lagi ...tapi yang berdua lagi akan cari penyelesaian dan nak redakan pergaduhan tu...mempunyai kawan yang amat memahami ni amat perlu dalam kehidupan..tidak perlu asyik bersama, berkepit dan sebagainya namun jarang jumpa tu la yang wat ukhwah tetap berkekalan (macam duduk jauh je...sorang roomate, sorang duduk bahtera, sorang lagi duduk Kolej. jiran je sebenarnya)..jarang jumpe sebab major je sama..minor separate (hahah)

itulah kehidupan bersahabat..ada manis dan ada duka..kalau tak merasa semua tu, tiadalah kemanisan dalam kehidupan..biar tak dikenali ramai asalkan ada sahabat untuk menemani perjalanan hidup amat penting

p/s: sayangilah sahabat dan keluarga anda selagi mereka masih menatap dunia, sebelum terdiam tidak dapat berbicara, sebelom pergi meninggalkan kita..doakan kebahagian dan keselamatan mereka walau di mana berada




No comments:

Post a Comment